Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Petaling Jaya
Oleh : Umar Al-Hayawi
Petaling Jaya | Dengan peningkatan kes positif Covid-19 di seluruh negara tidak terkecuali juga di Kawasan Petaling Jaya, maka Khidmat Malaysia Kawasan Petaling Jaya yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Pohat Bin Shamsuddin yang juga Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Petaling Jaya telah menggerakkan jentera memberi sumbangan kepada keluarga-keluarga yang terjejas pendapatan dan juga yang dikuarantin akibat dijangkiti virus Covid-19.
Menurut laporan daripada hantaran media sosial PAS Kawasan Petaling Jaya, sumbangan telah disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Ust Mohd Khairul Hisham dan Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Petaling Jaya Iaitu Ust Zulkifli Bin Mohd Noor.
Sumbangan telah diberikan di sekitar kawasan Taman Datuk Harun, Taman Sri Manja dan Apartment Taman Medan Jaya. Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh ahli keluarga dan diberkati Allah SWT.
Kepada yang ingin memberi sumbangan untuk dikongsikan bersama mereka-mereka yang memerlukan boleh disalurkan ke akaun berikut :
Bank : MayBank Berhad
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor