Home Berita PAS Terengganu

Pemuda PAS Bukit Payung ziarah mangsa kebakaran

17
SHARE

MARANG – Penyelaras Pemuda PAS Dun Bukit Payung hari ini menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Batu 9, dan menyerahkan bantuan daripada Pemuda Pas Bukit Payung

Dalam itu ketua Pemuda Dun Bukit Payung berkata “Hakikat kehidupan, Allah tidak mengurniakan sesuatu ujian itu tanpa tersirat hikmah kebaikan di sebaliknya. Justeru, setiap ujian yang datang dari Allah SWT, kepada-Nya juga ujian itu dikembalikan dengan cara berdoa memohon bantuan dari-Nya.”

Ustaz Buniyamin selaku Ketua Pemuda Pas Dun Bukit Payung turut diiringi Pengerusi JPKK Kg Batu 9 Sdra Salim Sobri merangkap Ketua DACS Dun, SU pemuda Sdra Norhisyam dan Ketua Unit Amal Dun, Sdra Basri.

Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala akan sentiasa bersama kita sebagaimana yang dijanjikan di dalam Al-Qur’an untuk sentiasa bersama-sama orang-orang yang sabar dan sentiasa melimpahkan rahmat dan hidayah serta memberikan perlindungan kepada kita. Amin Ya Rabbal Alamin

Surah Az-Zumar ayat 10:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

…..إِنَّمَا يُوَفَّى الصّٰبِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ

صدق الله العظيم

“…..sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar sahaja akan disempurnakan pahala mereka”