Home Artikel PAS Perak

Isu Rakyat l Penutupan Jambatan Punca Rakyat Mengalami Kesukaran

1,508 views
SHARE

Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi

PASIR SALAK: Jambatan Sultan Yusof yang menghubungkan antara Teluk Intan, Bagan Datok dan Sabak Bernam serta Manjung-Sitiawan ditutup awal Ogos lalu berikutan penemuan kerosakan serius yang boleh menjejaskan struktur dan keselamatan jambatan bahkan membahayakan pengguna setempat.

Keadaan itu mengakibatkan kesesakkan dan masalah besar kepada pengguna yang menggunakan laluan tersebut setiap hari sehingga terpaksa menggunakan jalan jauh melalui pekan Kampung Gajah.

Perkara demikian disuarakan oleh Yang Dipertua PAS Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari ketika dihubungi berkaitan penutupan jambatan itu, 28 November lalu.

Menurutnya, jambatan itu hanya baru dalam tempoh sekitar 30 tahun sahaja namun persoalannya insiden kerosakan boleh berlaku kecacatan besar dalam tempoh singkat berbanding jambatan-jambatan lain boleh bertahan sampai ratusan tahun

“Pihak tertentu seperti SPRM mesti menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam terhadap apa punca sebenarnya.

“Apakah berlaku amalan rasuah ataupun mereka yang terlibat mesti diseret ke muka pengadilan agar wang negara tidak dibazirkan begitu saja.

“Lencongan yang dibuat oleh pihak JKR menyebabkan laluan di pekan Kampung Gajah menjadi terlalu sesak dan pada waktu-waktu tertentu berlaku kesesakkan yang memakan masa lama,” soal beliau.

Jelas beliau, anak-anak yang bersekolah pula menggunakan laluan itu pada setiap hari kecuali hari cuti, sekitar jam 7 pagi waktu pergi dan 2 petang.

Justeru keadaan lebih membimbang pada waktu pulang pula seringkali bertembung dengan lori tanah yang berkejar ke tapak pembinaan di Lekir, Setiawan.

Mustafa berkata, kekuatan struktur jalanraya sekitar Kampung Gajah mampu menampung kenderaan yang tidak melebihi 10 tan.

“Apa yang berlaku sekarang, kenderaan yang menggunakan laluan tersebut telah melebihi 10 tan, akibatnya laluan Kampung Gajah ke Teluk Intan.

“Kesan yang diterima banyak berlubang menjadi bertambah teruk kerosakannya dan semestinya membimbangkan pengguna jalanraya di sana.

“Harap pihak tertentu dapat memperbaiki secepat mungkin kerana penduduk Kampung Gajah bertambah resah apabila mendapat khabar yang mengatakan bahawa pembaikan jambatan tersebut dijangka siap menjelang akhir tahun 2017.

“Pembaikan hanya akan diteruskan setelah siap jambatan lebuh raya yang berhampiran dengannya,” ujar beliau.

Beliau juga memaklumkan, beberapa minggu yang lalu berlaku kemalangan melibatkan 4 kenderaan sekaligus sehingga hampir kehilangan nyawa.