Home Artikel PAS Perak

Berita l ARC : Bukan Sekadar Rider

264 views
SHARE

Oleh: Ameerul Haq

PASIR SALAK: ARC Pasir Salak telah berjaya menganjurkan RIDE ZIARAH ke Rumah Kebajikan Orang-orang Tuan, Langkap, 26 November lalu.

Program itu memberikan peluang kepada ahli ARC beramah mesra di samping bergotong royong membersihkan kawasan rumah tersebut serta menyampaikan sumbangan untuk meringankan pengurusan rumah tersebut.

Penyertaan ahli-ahli ARC dalam program ziarah kali ini membuktikan ARC bukan sekadar sebuah entiti Rider Motorsikal semata-mata namun membawa mesej menyantuni masyarakat.

Turut serta bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Pasir Salak, Ustaz Mohd Iqbal Zin, Nain Ketua Pemuda PAS Pasir Salak, Hamidi Hamizi Hamzah dan Ketua DACS, Mohd Rizal Ambiah.

Sambutan yang diterima oleh warga rumah orang tua sangat baik bahkan mereka berterima kasih atas kunjungan anak muda seakan masih ada lagi yang prihatin golongan seperti mereka.

Penglibatan Pemuda Masjid Lama Kampung Gajah dan Pemuda Masjid Al-Ansar Changkat Lada dalam ziarah tersebut menjadi satu contoh kepada anak muda untuk memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berfaedah.