Home Berita PAS Wilayah

Ameerah Wilayah Anjur Hi-Tea Kumpul Dana PRU

2086
SHARE

Muslimat Muda PAS Wilayah persekutuan melalui Ameerah akan menganjurkan Hi-Tea bagi mengumpulkan Dana Pilihan Raya yang akan digunakan untuk gerak kerja PRU.

Memandangkan PRU-14 mungkin akan diadakan tidak lama sahaja lagi, justeru kami mewakili seluruh muslimat muda PAS mengambil inisiatif untuk mengumpul dana PRU bagi melancarkan lagi gerak kerja PRU dan inilah usaha yang kami lakukan sebagai usaha memenangkan PAS di Wilayah Persekutuan.

Terbaru Simulasi PRU yang telah diadakan di Parlimen Titiwangsa menunjukkan signal bahawa PAS Wilayah Persekutuan tekad untuk menawan semula Titiwangsa di samping menambah kerusi di parlimen lain yang akan dipertandingkan.

Kupon Hi-Tea dan sebarang tajaan dana boleh terus menghubungi wakil kami,

Saudari Hidayah di talian 
?
 0193487742

Butiran Hi-Tea adalah seperti berikut;
? 9 Disember 2017 / Sabtu
 2.00 ptg – 5.00 ptg
?
 Dewan Warisan Baiduri

Kami sangat mengalu-alukan sebarang tajaan dan sumbangan daripada orang ramai.