LANGKAWI, 23 Feb – PAS Kawasan Langkawi mencatatkan satu sejarah baharu selepas berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) di peringkat kawasan Langkawi, baru-baru ini.
Majlis Pelancaran DHPP Langkawi itu diadakan pada 18 Februari yang lalu di Kisap, Langkawi.
Setiausaha Kerja PAS Kawasan Langkawi, Hidhir Zainal berkata PAS Langkawi menerima permohonan keahlian DHPP seramai 22 orang dalam majlis tersebut.
Turut hadir bersama Setiausaha Jabatan PilihanRaya PAS Negeri Kedah, Zamri Ibrahim, Yang Di Pertua PAS kawasan Langkawi, Zubir Ahmad, Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Langkawi, Mazlan Ahmad, dan Naib Yang Di Pertua PAS kawasan Langkawi, Ahmad Sidek.