Home Berita PAS Kedah

Penolong Setiausaha DPPN Kedah Kehilangan Dua Orang Tersayang Dalam Tempoh Empat Hari

122
SHARE

Oleh AKHILAH

LANGGAR, 24 Nov :  Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah YB Dato Ustaz Ahmad Yahaya , berkesempatan menziarahi Ustaz Mohd Ikrom Zaki bin Syeikh Mohamad Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang telah diuji dengan kehilangan insan tersayang dalam tempoh empat hari.

Sebelum ini Ustaz Mohd Ikrom Zaki kehilangan ayahanda tercinta iaitu Syeikh Mohamad bin Awang, mantan pegawai agama daerah Pendang, hari ini kehilangan anak perempuan yang mengalami penyakit jantung dan paru-paru sejak lahir.

Dalam ziarah tersebut, Ustaz Ahmad Yahaya turut merakamkan ucapan takziah kepada Ustaz Mohd Ikrom Zaki sekeluarga.

“Saya menerima khabar duka apabila dimaklumkan berita mengenai kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Syeikh Mohamad bin Awang dan Syifaur Rahmah binti Mohd Ikrom Zaki selang empat hari selepas kehilangan ayahandanya”

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman”.

Kunjungan ini juga bertujuan menyampaikan sumbangan bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah kepada Ustaz Mohd Ikrom Zaki di rumah arwah ayahnya Pondok Syeikh Abdullah, Langgar.

Kehilangan dua insan tersayang dalam masa empat hari merupakan ujian berat serta memerlukan kesabaran yang tinggi, semoga Allah memudahkan segala urusan ahli keluarga mereka.