Home Berita PAS Selangor

PAS dekat di hati rakyat Kapar – PAS Kawasan Kapar

7
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kapar | Misi Bantuan Tabung Bencana Covid-19 PKP 3.0 oleh Khidmat Malaysia Kapar masih diteruskan lagi dengan sangat istiqamah. Hampir 100 buah keluarga telah disantuni dan menerima sumbangan yang berupa barangan asas dapur.

Mereka ini terdiri daripada pekerja kilang, peniaga kecil dan pengusaha kenderaan sekolah yang terjejas pendapatan kerana tidak beroperasi atau dikurangkan gaji. Bantuan juga diberikan kepada keluarga yang pernah dijangkiti Covid-19 dan juga yang sedang dalam tempoh kuarantin di rumah.

PAS Kapar mengucapkan terima kasih kepada pimpinan PAS, Yang DiPertua PAS Kawasan Kapar Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh, Naib Yang DiPertua PAS saudara Kahar Muzakkir Munawir, Dr Halimah Ali, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta kepimpinan masyarakat yang sudi turun padang.

PAS Kawasan Kapar juga mengucapkan terima kasih kepada Pusat Khidmat PAS dan Jabatan Amal yang terus menyumbang tenaga menyalurkan bantuan dengan penuh disiplin mengikuti SOP keselamatan yang ditetapkan kerajaan. Semoga bantuan ini dapat memberi kegembiraan dan meringankan bebanan kehidupan para penerima.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor