Home Berita PAS Kedah

Peniaga kecil dapat bantuan peralatan

443
SHARE

PENDANG – Para peniaga kecil sememangnya amat terkesan dengan pandemik COVID-19 yang menyebabkan keterbatasan dan kemerosotan perniagaan hingga menjejaskan jualan dan pendapatan.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim prihatin dengan nasib tersebut dan atas inisiatifnya telah memperuntukkan pemberikan bantuan sumbangan kepada golongan tersebut, semalam.

Bantuan peralatan tersebut bertujuan meringankan beban dan memudahkan urusan perniagaan para peniaga terbabit diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pendang/DUN Tokai, di sini.

Simbolik bantuan kepada 15 peniaga kecil itu dilakukan dengan serahan mock cheque, manakala peralatan dihantar langsung ke kedai atau rumah mereka oleh pihak pembekal atau PKWR.

Antara peralatan disumbangkan beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia adalah berupa freezer, mesin pembancuh tepung, welding set dan lain-lain lagi.

“Manfaatkanlah peralatan yang diterima dan gunalah dengan sebaiknya. Nanti satu masa bila dah untung, jangan lupa keluarkan zakat supaya kita boleh bantu pulak orang lain.

“Ini semua rezeki daripada Allah. Saya hanya perantara saja untuk beri kepada semua. Tuan puan angkat saya menjadi wakil rakyat, maka saya jalankan tanggungjawab saya untuk bantu tuan puan, ” ujarnya

Datuk Awang dalam kesempatan ucapannya mengingatkan untuk terus merebut peluang mengimarahkan Ramadhan dengan mempertingkatkan ibadah hingga menemui Lailatul Qadar.