PENDANG – Seorang peniaga air tebu mengukir senyuman apabila menerima sumbangan sebuah khemah 10×10 daripada Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Awang Hashim, hari ini.
Sumbangan tersebut diserahkan di Pejabat Pusat Khidmat Wakil rakyat (PKWR) Pendang dan ADUN Tokai.
Peniaga kecil tersebut terjejas selepas terlibat kejadian ribut yang melanda daerah itu, baru-baru ini.