Kunjungan Pengurus Daerah Perbadanan Air Pahang (PAIP) Maran Harwin Ismail ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jengka di Bandar Tun Abdul Razak Jengka pada Rabu, dianggap besar manfaatnya.
Ustaz Shahril Azman Abdul Halim menganggap, banyak informasi yang diterima berkenaan bekalan air bersih yg dibekalkan oleh PAIP. Di samping berpeluang membincangkan bersama persoalan-persoalan yang ditimbulkan rakyat selama ini.
“Selama ini pelbagai rungutan juga masalah yang timbul daripada rakyat di mana seringkali apabila masalah bekalan air berlaku, rakyat akan merungut, viralkan di media sosial, dan meminta agar pihak Adun menyelesaikannya.
“Oleh itu apabila mengetahui punca serta maklumat awal daripada PAIP, maka pihak Adun akan dapat memaklumkannya lebih awal kepada rakyat untuk persiapan awal jika timbul sebarang masalah,” ujarnya.
Sementara itu, Harwin Ismail baru sahaja bertukar untuk bertugas di daerah Maran dari Temerloh.
Shahril Azman mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kunjungan pihak PAIP ke pejabatnya.
“Semoga dengan kunjungan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan sesama jabatan demi kesejahteraan rakyat”.