Home Berita PAS Wilayah

Pengundian Awal di Kem Batu Kentomen Mengujakan

1208
SHARE

Pengundian Awal di Kem Batu Kentomen Mengujakan

Batu, 5 Mei – Hari ini serentak di seluruh negara, telah diadakan pengundiaan awal untuk anggota keselamatan seperti pihak polis dan askar.

Kem Batu Kentomen adalah antara pusat pengundian awal di Parlimen Batu di mana dianggarkan 2800 orang askar dan 600 orang polis telah membuang undi hari ini.

Ustaz Azhar bin Yahya, calon PAS bagi Parlimen Batu sempat meninjau proses pengundian awal di kem tersebut.

Kehadiran beliau disambut penuh senyuman dan salam oleh para askar dan polis yang kelihatan tidak sabar untuk membuang undi masing – masing.

Semoga mereka membuat pilihan yang tepat ke arah membina Malaysia Sejahtera.