Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

KL EXpress: INI SUMBER TEPAT DAN LENGKAP

855
SHARE

 

Merujuk kepada poster infografik daripada KLXpress (https://www.facebook.com/KLXpress/) Perbandingan Manifesto PRU 14 bagi Wanita di ruangan PAS tertera hanya Bantuan RM2000 sebagai modal bagi wanita bekerja dari rumah yang bertarikh 9 April 2018 (https://www.facebook.com/KLXpress/photos/a.531277490281840.1073741838.171850962891163/1661142003962044/?type=3&theater)

Untuk makluman pihak KLXpress, Majlis Pelancaran Manifesto Wanita Sejahtera telah berlangsung pada 26 April 2018. Berikut kami senarikan Manifesto Wanita Sejahtera, dengan membawa tema “Wanita Sejahtera Suri Hati Negara”.

8 Teras Utama

1. Kebajikan Wanita
-Baucer Makanan Sihat RM600 ibu hamil dan menyusu

-Bantuan Saringan Kesihatan RM300

2. Kestabilan Ekonomi Mesra Wanita
-Suntikan Dana Bantuan RM2,000 one-off sebagai modal permulaan berniaga

3. Kecaknaan Sokongan Sosial
-Tabung Sejahtera Wanita Malaysia RM100 juta ; membela wanita dizalimi

4. Keseimbangan Kehidupan dan Kerja
-Skim “Pengendali Kediaman Profesional” bertauliah

5. Kesepaduan Sokongan Sosial
-Pusat Komuniti Keluarga Sejahtera (PKKS) di setiap daerah : Women One Stop Centre Pelbagai Perkhidmatan

-Kaji insentif berpatutan kepada Syarikat Swasta yang menubuhkan Pusat Jagaan Kanak-kanak di tempat kerja

6. Ke Arah Memaknakan Bakti
-Menjana Pusat Sokongan Sosial Warga Emas, untuk semua bangsa dan agama

7. Kesejahteraan Siber Kanak-Kanak
-Kuatkuasa Akta dan Sistem Keselamatan ICT kanak-kanak/Remaja

8. Kesejahteraan Warga Pendidik.
-Turunkan nisbah guru-murid kepada 1:30

Kami berharap pihak admin laman rasmi KLXpress perlu lebih bersifat profesional, tepat dan adil bagi semua parti dan biar netizen menilai dan tahu maklumat yang benar. Pihak kami juga sedia dihubungi untuk membuat sebarang penjelasan mengenai manifesto Wanita Sejahtera bagi mengelakkan kesalahan yang sama.

Unit Media Baru
Jabatan IT dan Komunikasi
Dewan Muslimat PAS Malaysia

5 Mei 2018