Home Berita PAS Johor

Pengumuman KPM berkaitan peluang lulusan SPM ke IPT: Jangan hanya melihat kepentingan & peruntukan kuota kaum Non Muslim tertentu

953
SHARE

KENYATAAN MEDIA

PENGUMUMAN KPM BERKAITAN PELUANG LULUSAN SPM KE IPT: JANGAN HANYA MELIHAT KEPENTINGAN PERUNTUKAN KUOTA KAUM NON MUSLIM TERTENTU


1. Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor mengucapkan tahniah atas beberapa pengumuman dalam sidang media baru-baru ini oleh Menteri Pendidikan Malaysia,YB Dr.Mazlee Malik.

2. Walau bagaimanapun,PAS Johor berasa musykil dan ingin mempersoalkan definisi perkataan ‘hadiah’ kepada pelajar kum Cina berkaitan pengumuman khas kuota kemasukan 1,000 pelajar Cina cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) daripada kumpulan berpendapatan rendah(B40) ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)”kata Pengerusi Lajnah Pendidikan,Normala Sudirman.

3. KPM sepatutnya melayan adil seluruh rakyatnya dari kalangan Non Muslim lain dan bukannya hanya semata-mata menyebut kuota untuk kaum Cina sahaja.Ini adalah kerana apakah pengumuman untuk memberi hadiah gembira ini ,hanya memberi fokus kepada golongan tertentu dengan mengabaikan kaum lain?

4. Dalam video yang berdurasi 1.02 minit baru – baru ini , istilah ‘hadiah’ hanya menumpukan pengumuman KPM kepada bangsa Non Muslim tertentu sahaja dibimbangi akan mengguris perasaan bangsa Non muslim lain di Malaysia.

5. Dalam pada masa yang sama,keutamaan kepada pelajar Bumiputera harus ditambah dan diharap tidak dikesampingkan dalam persada pendidikan negara demi kelangsungan generasi pewaris kepimpinan negara masa hadapan.Ini adalah kerana hak keistimewaan orang Melayu & hak Bumiputera haruslah dipelihara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

6. Dalam masa yang sama seharusnya nasib dan masa depan pelajar institusi Tahfiz yang telah memiliki sijil tamat menghafaz 30 juzuk Al-Quran sekaligus telah memiliki kelayakan ikhtisas bagi Sijil SPM yang diambil pada tahun semasa juga tidak harus dilupakan kerana mereka adalah aset modal insan negara yang harus dimartabatkan dalam dunia pendidikan yang cukup bernilai.

7. Seharusnya anak-anak tahfiz lepasan SPM juga diberi kuota tertentu melalui pengumuman khas KPM selain diberi juga insentif atau elaun khas bulanan secara tetap sepanjang mengikuti pengajian IPT yang ditawarkan”katanya lagi .

8. Tanpa disedari mereka adalah golongan yang hebat kerana memiliki 2 sijil kelayakan ikhtisas iaitu sijil dalam bidang hafazan dan sijil SPM sekaligus sebelum melangkah ke IPT.

9. Perlu juga difikirkan ,pengumuman sejumlah peruntukan biasiswa untuk anak-anak tahfiz hebat ini ketika pengumuman KPM dibuat seperti ini pada masa – masa akan datang kerana golongan penghafaz Al-Quran dalam usia muda haruslah mendapat kedudukan istimewa dalam masyarakat.” Kita sedar bahawa bukan mudah untuk menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan mendalami bidang ini untuk menjadi generasi Al-Huffaz .Ianya memerlukan kegigihan,keazaman yang tinggi dan yang penting keikhlasan tulus dari hati hanya untuk mengharap semata-mata redha dari ALLAH SWT,katanya lagi

11. Justeru, kenyataan media seperti ini yang melibatkan penawaran belajar lanjutan dan peluang ke menara gading bagi lulusan SPM sepatutnya tidak bersifat double standard atau berpilih, dengan hanya menumpukan bangsa Non Muslim tertentu sahaja.

12. Haruslah sepatutnya dilihat adil pada semua golongan pelajar lulusan SPM dari pelbagai segmen institusi pendidikan.Semoga rayuan dan harapan Pendidik ini diambil perhatian serius oleh KPM demi melahirkan modal insan yang gemilang.

“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”

NORMALA BINTI SUDIRMAN
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor/Ketua Penerangan Dewan Muslimat Negeri Johor

29 Jun 2018 bersamaan 15 Syawal 1439Hl.