Home Berita PAS Perak

Pengorbanan Petugas Kesihatan Sebagai Barisan Hadapan Negara: Perintah Kawalan Pergerakan

1204
SHARE


KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PERAK

PENGORBANAN PETUGAS KESIHATAN SEBAGAI BARISAN HADAPAN NEGARA : PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

17 Mac 2020 | 22 Rejab 1441 H

Dewan Pemuda PAS Perak menyambut baik pengisytiharan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri berhubung perintah kawalan pergerakan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344) di mana ia tertakluk kepada perkembangan semasa bagi semua warga negara dan bukan warga negara yang berada di Malaysia. Arahan kawalan pergerakan ini yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkuatkuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac depan bagi menangani Covid-19.

Staff Kementerian Kesihatan seperti Doktor, Jururawat, Pembantu Perubatan, Ahli Farmasi, Pemandu hatta Pengawal Keselamatan dan kesemua Petugas yang bertugas di Hospital dan Klinik adalah merupakan golongan barisan hadapan yang akan terus memikul beban tugas sepanjang tempoh ini. Bagaimanapun, keluarga mereka khususnya anak-anak kecil perlu untuk terus mendapat penjagaan dalam situasi taska dan sekolah diarahkan untuk ditutup.

Oleh yang demikian, Pemuda PAS Perak ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya di Negeri Perak Tercinta ini bagi bersolidariti bersama-sama mereka serta mengajak masyarakat untuk sama-sama berkorban dengan membantu samada sebagai keluarga ataupun jiran terdekat untuk menawarkan khidmat jagaan anak-anak untuk golongan ini agar mereka boleh terus berkhidmat demi kepentingan Masyarakat dan Negara.

Tidak dilupakan juga, sokongan dan bantuan kepada mereka yang perlu untuk terus bertugas di sektor-sektor lain demi memastikan kehidupan seharian rakyat tidak terjejas juga perlu disolidaritikan bersama keluarga dan jiran terdekat agar mereka tenang semasa menjalankan tugas Negeri dan Negara.

Semua lapisan Masyarakat Negeri Perak, inilah masanya untuk kita semua bersatu hati dan berganding bahu bagi memastikan kita semua dapat mengharungi tempoh yang sukar ini dengan selamat. Perlulah diyakini bahawa, setiap musibah yang datang ini pastinya mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Janganlah dipolitikkan soal Kesihatan dan Keselamatan Negara. Semoga pengorbanan hadapan Negeri dan Negara ini akan mendapat sokongan, bantuan dan sanjungan dari kita rakyat Negeri Perak.

Teruskan berdoa kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu agar diangkat musibah ini sesegera yang mungkin dan mengembalikan kesejahteraan dan perpaduan sesama kita InsyaAllah.

AHMAD FAISAL MOHD PUAIT
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

#PemudaPASPerak
#DemiIslam
#IslamMemimpinPerpaduanNasional
#UntukMuMalaysia
#PerakTercinta

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3021043341259506&id=698625456834651&sfnsn=mo