Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Penghargaan Atas Jasa dan Bakti Ustazah Asmak Hussin

133
SHARE

Ucapan Penghargaan Atas Jasa dan Bakti Ustazah Asmak Hussin sebagai Senator

Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Asmak binti Hussin atas bakti dan khidmat cemerlang sebagai senator bermula Julai 2018 sehingga Julai 2021.

Ustazah Asmak yang merupakan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen & Dun DMPM menjadi contoh tauladan kepada wanita-wanita Malaysia dari segi kepimpinannya, kecekapannya dan keperibadiannya. Beliau juga seorang pemimpin muda yang mampu untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara.

Didoakan agar Ustazah Asmak dipermudahkan segala urusannya dan terus berbakti kepada rakyat, negara dan agama.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’
‘Islam Memimpin Wanita Sejahtera’

YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
25 Ogos 2021 bersamaan 16 Muharram 1443H