Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Dr. Wan Martina, Senator Baharu

259
SHARE

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Hjh. Wan Martina Wan Yusoff atas pelantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Negeri Kelantan semalam.

Pengamal perubatan yang berasal daripada Kelantan ini merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Misi Kembara Dakwah (MKD), Naib Pengerusi Konfederasi NGO Negeri Kelantan dan Pengerusi Persatuan Wanita Sejahtera Kelantan Wanis.

Pencalonan beliau telah dikemukakan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob, selepas Speaker DUN Kelantan, YB Dato’ Abdullah Ya’kub, mengumumkan usul Pemilihan Ahli Dewan Negara susulan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menerusi pemakluman surat kepada beliau.

DMPM mendoakan agar Dr Wan Martina dapat menggalas amanah dengan baik dan penuh berhemah serta membawa suara cadangan yang mapan dalam Dewan Negara. Semoga Allah SWT menuntun langkah beliau.
DMPM juga mahu menzahirkan setinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia Ustazah Asmak binti Hussin yang telah menamatkan tempoh perkhidmatannya yang sangat cemerlang pada Jun lalu sebagai Ahli Dewan Negara.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’
‘Islam Memimpin Wanita Sejahtera’

YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
25 Ogos 2021 bersamaan 16 Muharram 1443H