Home Setiausaha Agung PAS

Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden dan Timbalan PAS menang tanpa bertanding

1602
SHARE

Kenyataan Media Pencalonan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 2017-2019
(Klik, untuk muat turun)

Muktamar PAS Pusat ke 63 yang akan diadakan di Kedah pada hujung bulan ini pada 29hb April hingga 1 Mei, 2017 akan memilih barisan kepimpinan yang baru bagi sesi 2017/2019 untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke14.  

Sebelum itu, Dewan-Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat akan mengadakan Muktamar di peringkat masing-masing mulai 27hb April 2017.          

Setelah pencalonan ditutup, Jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden dan Timbalan Presiden telah dimenangi tanpa bertanding oleh penyandang.

Manakala terdapat 5 calon untuk Jawatan Naib Presiden termasuk 3 penyandang sebelum ini dan 40 orang telah dicalonkan untuk Jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipilih oleh perwakilan seramai 18 orang.  

Berikut adalah senarai penuh pencalonan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PAS Pusat pada 11hb April, 2017. Calon-calon yang tersenarai tersebut yang menerima pencalonan dikehendaki menyatakan penerimaan pencalonan tersebut sebelum 17hb April,2017.

Untuk makluman, peraturan pemilihan pada kali ini memerlukan sekurang-kurangnya 10 pencalonan  untuk layak disenaraikan sebagai calon dalam pemilihan pada muktamar PAS kali ini berbanding dengan dua pencalonan sebelum ini.

PENCALONAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT
SESI 2017-2019

PENGERUSI TETAP
1) Hussin bin Ismail – Menang Tanpa Bertanding (MTB)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Ustaz Kamal Shaari – MTB

PRESIDEN
1) YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang-  MTB

TIMBALAN PRESIDEN
1) Dato’ Haji Tuan Ibrahim Tuan Man- MTB

NAIB PRESIDEN
1) YB. Ustaz Haji Idris Ahmad (Penyandang)
2) YB. Dato’ Haji Mohd Amar Abdullah (Penyandang)
3) YB. Dato’ Haji Ar. Iskandar Abdul Samad (Penyandang)
4) YB. Dato’ Takiyuddin Haji Hassan
5) YB. Ustaz Haji Nasruddin Hassan

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1) Dr. Haji Riduan Mohd Noor
2) YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
3) YB. Ustaz Haji Nasruddin Hassan
4) YB. Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud
5) Dr. Haji Mohd Zuhdi Marzuki
6) YB. Ustaz Haji Sallehen Mukhyi
7) Haji Razman Zakaria
8) YB. Ustaz Haji Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
9) Puan Dr. Hajjah Rosni binti Adam
10) Haji Mohamad Sanusi Md. Nor
11) Ustaz Dato’ Dr. Haji Nik Zawawi Salleh
12) YB. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzli Hassan
13) YB. Dato’ Takiyuddin Haji Hassan
14) Dr. Hajjah Najihatussolehah Ahmad
15) Ustaz Haji Mokhtar Senik
16) YB. Ustaz Haji Abdullah Hussin
17) Ir. Mukhtar Suhaili
18) Ustaz Haji Zaharuddin Mohamad
19) Ustaz Haji Norazli Musa
20) Haji Zainal Abidin Kidam
21) Dr. Ali Akbar Gulasan
22) Haji Mohamad Noor Mohamad
23) Khairul Faizi Ahmad Kamil
24) Dato’ Haji Mustafa Ali
25) YB. Dato’ Haji Ar. Iskandar Abdul Samad
26) Dr. Mohd Fuad Salleh
27) YB. Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff
28) YB. Haji Rosli Abdul Jabar
29) Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
30) YB. Dr. Halimah bt. Ali
31) Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi
32) YB. Hajjah Mumtaz bt. Mat Nawi
33) YB. Ustaz Ahmad Yahya
34) Kamaruzzaman Mohamad
35) Ustaz Misbahul Munir Masduki
36) Dato’ Haji Wan Abdul Muttalib Embong
37) Iszuree Ibrahim
38) YB. Dato’ Aisyah Ghazali
39) YB. Haji Satiful Bahri Mamat
40) Azman Ibrahim

Disahkan,,
Dato’ Takiyuddin Haji Hassan, JP.
Setiausaha Agung.
Tarikh: 11 April 2017

{jathumbnail off}