Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Pengerusi Pertubuhan Anak Yatim Calon PAS Seremban

2011
SHARE

Pengerusi Pertubuhan Anak Yatim Calon PAS Seremban

Oleh: Kamaruddin Ahmad

PAS Negeri Sembilan tidak ketinggalan merebut kerusi Parlimen Seremban dengan meletakkan Haji Sharifuddin bin Ahmad sebagai calon mereka.

Beliau seorang yang aktif melibatkan diri bersama masyarakat dan kini beliau menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin.

Haji Sharifuddin juga merupakan Ketua Cawangan PAS Taman Semarak 2, Nilai, Negeri Sembilan serta pernah menjawat Ketua Jabatan Keselamatan dan Kesihatan di KLIA.

Dengan meletakkan Haji Sharifuddin bin Ahmad sebagai calon Parlimen Seremban menunjukkan signal yang serius bahawa PAS ingin menawan Seremban secara khususnya dan Negeri Sembilan umumnya.