Suatu majlis Pelancaran Unit Pengupayaan OKU (UPAYA) anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat akan dilancarkan buat julung kalinya pada 18 Mac di Tawau Sabah. Pelancaran ini akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man.
UPAYA merupakan satu inisiatif PAS dalam memperkasa keperluan dan memperdaya potensi golongan OKU pelbagai kategori yang diunjurkan 15% daripada populasi rakyat.
Sehingga hari ini, UPAYA telahpun diusahakan di dua parlimen iaitu Tawau dan Serdang. Ianya akan turut ditubuhkan di kawasan dan parlimen lain seluruh Malaysia.
Selain Pelancaran UPAYA, seramai 100 keluarga OKU dalam negeri Sabah akan turut diraikan pada hari tersebut.
Oleh itu, sumbangan langsung amatlah dialu-alukan bagi sama-sama menjayakan program yang dirancangkan. Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank Islam (M) Bhd;
Badan Amal Kami Prihatin 1211 3010 03 8983
Setiap sumbangan dan kebersamaan seluruh pihak dalam usaha ini adalah diharapkan akan melonjakkan lagi potensi OKU pelbagai katagori dan menebarkan sayap kerahmatan Islam kepada setiap jiwa insan.