Home Berita PAS Melaka

Peneroka dan pekebun kecil sawit tidak dapat faedah kenaikan harga TBS?

366
SHARE

Oleh BAKRI JAMALUDDIN

BERDASARKAN 34 tahun pengalaman dalam industri sawit, kami telah melalui turun naik harga sawit yang telah sebati dalam kehidupan seorang ‘planter’ (istilah yang digunakan kepada pengurus ladang)

Strategi dan perancangan operasi sesebuah ladang sawit dan getah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh turun naik harga komoditi dan kekuatan kewangan sesebuah syarikat.

Saya akui dari tahun 1985 saya menceburi sektor perladangan, kali iniĺah harga komoditi minyak sawit berada pada paras paling tinggi.

Secara mudah kos pengeluaran tandan sawit (ex estate cost) untuk sesebuah syarikat perladangan besar hari ini adalah sekitar RM250 ke RM300 bagi setiap satu tan Tandan Buah Segar (TBS). Sementara bagi pekebun kecil diperkirakan sedikit tinggi iaitu antara RM300 – RM380 bagi setiap tan TBS.

Kos-kos di atas sudah sudah termasuk kos pemeliharaan, penuaian dan pengangkutan.

Harga TBS hari ini adalah antara RM800 ke RM1000 bergantung kepada kawasan (region) dan kadar perahan minyak sawit (OER).

Jumlah pengeluaran bagi seseorang pekebun kecil juga bergantung kepada keluasan kebun yang mereka milik, umur pokok sawit dan jenis tanah.

Sekiranya seorang pekebun kecil dapat mengeluarkan sekitar lapan tan buah sawit bererti hasil jualannya adalah RM6400 (8 tan x RM800).

Kos pengeluarannya pula adalah RM3040 (RM380 x 8 tan). Jadi pendapatan kasarnya ialah RM3360 (RM6400 -RM3040).

Hasil jualan ini adalah lebih baik berbanding jika harga TBS di paras RM350 ke RM450 satu tan pada tahun 2018 di mana pekebun kecil hanya akan mendapat sekitar RM300 ke RM800 sahaja secara kasar dengan purata pengeluaran lapan tan buah sawit sebulan bagi setiap hektar.

Sebab itu ketika harga CPO di paras RM2,000 ke RM2,200 satu tan ramai pekebun kecil mengeluh kerana harga TBS waktu itu adalah sekitar RM350 ke RM450 sahaja. Dan tidak berbaloi.

Jadi menurut saya adalah tidak benar sekiranya pekebun kecil atau peneroka FELDA mendakwa mereka tidak memperolehi apa-apa keuntungan dengan kenaikan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang berlaku pada waktu ini.

Saya yakin pekebun kecil yang berjumlah 650,000 orang dan peneroka FELDA seramai 112,000 orang dapat menikmati Sawit Anugerah Tuhan dengan harga MSM di paras melebihi RM3,000 satu tan.

Dan kalau diambil kira ahli keluarga dan mereka yang terlibat di dalam industri sawit ini sudah pasti sekitar tiga juta orang sedang menikmati anugerah Allah kepada mereka iaitu kelapa sawit.

Penulis adalah Panel Pemikir Strategik kepada Menteri Perladangan Dan Komoditi dan juga Ketua Penerangan PAS Melaka.