Home Berita PAS Selangor

Penerimaan bakul makanan Perikatan Nasional – PAS Kawasan Kuala Selangor

104
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KUALA SELANGOR, 26 Julai 2021 – PAS Kawasan Kuala Selangor telah mengambil ‘Bakul Makanan’ sumbangan daripada Perikatan Nasional bagi mengedarkannya di sekitar kawasan mereka dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan tersebut adalah sebanyak 500 pek ‘Bakul Makanan’ yang mengandungi beras dan barangan dapur.

Menurut laporan, penyerahan sumbangan tersebut dilaksanakan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Hj. Roslan Mohd Shahir bersama Sekretariat Pejabat Perhubungan PAS Negeri Selangor kepada YDP PAS Kuala Selangor, Hj Muhammad Rashid Mohd Kassim.

Dengan bantuan beberapa orang anggota Jabatan Amal Kuala Selangor, kesemua ‘Bakul Makanan’ tersebut telah dipindahkan ke Bilik Operasi PAS Bandar Bukit Melawati dan akan diagihkan kepada rakan-rakan parti Perikatan Nasional Kuala Selangor untuk disampaikan kepada rakyat yang memerlukan di seluruh Kuala Selangor.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor