Home Kenyataan Media PAS Selangor

Doktor kontrak tunjuk perasaan di seluruh negara : Satu pandangan – PJ PAS Selangor

52
SHARE

May be an image of 2 people and text

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

DOKTOR KONTRAK TUNJUK PERASAAN DI SELURUH NEGARA : SATU PANDANGAN

Oleh : YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi
Pesuruhjaya PAS Selangor

Tuntutannya, iaitu jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap, termasuk cuti dan faedah.

Keputusan Kerajaan :

Kerajaan telah bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak pegawai perubatan dan pegawai pergigian untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas.

Ini termasuk mereka yang diterima bekerja mengikut pengajian kepakaran dalam tempoh dua tahun pertama kontrak masing-masing. Pelanjutan ini adalah bagi memberi tempoh kepada pindaan dilaksanakan terhadap Akta Pencen 1980, supaya jawatan tetap boleh digajikan dengan pilihan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tanpa pencen dan cadangan penambahbaikan perkhidmatan dari KKM untuk diputuskan oleh kerajaan.

Kenapa Hartal Diteruskan Ketika PKP :

Perintah kawalan pergerakan tidak membenarkan sebarang bentuk himpunan dan ianya adalah suatu kesalahan. Bagaimanapun, kumpulan doktor kontrak tetap mahu meneruskan gerakan Hartal Doktor Kontrak kerana bertegas dengan tuntutannya, iaitu jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap, termasuk cuti dan faedah.

Status Perkhidmatan Sektor Perubatan Dan Kesihatan :

Secara umumnya perkhidmatan kesihatan di Malaysia masih jauh dari yang diharapkan. Kerajaan disarankan untuk meningkatkan dan menaik tarafkan lagi prasarana dan perkhidmatannya terutamanya dikawasan luar bandar, hospital, pusat kesihatan dan klinik desa agar perkhidmatan kesihatan kita mencapai perkhidmatan yang terbaik.

Keperluan Perjawatan Doktor, Farmasi Dan Paramedik :

Dengan penambahbaikan dan naik taraf perkhidmatan perubatan dan kesihatan ini secara tidak langsung akan meningkatkan keperluan perjawatan kepakaran dan doktor, farmasi dan paramedik. Ini juga akan memastikan perkhidmatan kesihatan dinegara kita berada di tahaf yang terbaik apatah lagi untuk menangani krisis kesihatan seperti pandemik Covid-19 dimasa akan datang.

Bajet Sektor Kesihatan Perlu Ditingkatkan :

Didalam belanjawan negara, peruntukan KKM RM15.35 bilion pada 2010 berbanding RM30.6 bilion 2020. Lonjakan 99.3 peratus atau RM15 bilion dalam tempoh 10 tahun itu adalah cerminan terhadap tekad kerajaan ke arah usaha mengukuhkan aspek perkhidmatan kesihatan awam demi manfaat segenap lapisan masyarakat.

Tahun 2021, KKM diberi peruntukan RM31.94 bilion berbading belanjawan keseluruhan RM322.5 billion dan ia mencukupi untuk menampung keperluan semasa, tidak melebihi 10 peratus dari belanjawan tahunan.
Saya mengharapkan didalam belanjawan 2022 kerajaan perlu memperuntukan jumlah yang sewajarnya utk menaik taraf infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan setaraf dengan keperluan umum masa ini. Ini akan menjadi justifikasi keperluan perkhidmatan kesihatan yang lebih besar untuk diisi perjawatan oleh ramai penjawat kontrak untuk jawatan tetap nanti.

17 Zulhijjah 1442H | 27 Julai 2021
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor