Home Berita PAS Selangor

Penerima berpuas hati dengan kreativiti agihan sumbangan – DPPK Sungai Buloh

8
SHARE

May be an image of text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Buloh | Pelbagai cara telah ditemukan hanya untuk membantu mereka-mereka yang sedikit kurang bernasib baik, terjejas akibat wabak Covid-19. NGO-NGO, parti politik dan turut individu persendirian telah menghulurkan tangan, memberi bantuan kepada mereka ini.

Task Force PAS Kawasan melalui Pemuda PAS Kawasan Sungai Buloh telah membuka akaun di sebuah runcit untuk mereka yang memerlukan dengan nilai barang keperluan yang telah ditetapkan.

Pemohon mempunyai pilihan untuk memilih barangan keperluan yang diperlukan termasuk barangan basah. Ketika ditemui, rata-rata pemohon berpuas hati dengan kreativiti agihan bantaun kali ini kerana mereka dapat memilih barang-barang yang mereka mahukan dan mengikut keperluan mereka.

PAS Kawasan Sungai Buloh mengkaluangkan ucapan tahniah kepada Pemuda PAS Kawasan atas inisiatif yang ditunjukkan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor