Home Berita PAS Selangor

DPPK Hulu Langat sampaikan bantuan buat masyarakat India – DPPK Hulu Langat

24
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Langat | Wakil Dewan Pemuda PAS kawasan Hulu Langat DUN Semenyih telah turun padang memberikan sumbangan kepada masyarakat India di Pangsapuri Mawar dan Taman Dusun Jaya Semenyih. Seramai 16 keluarga yang menerima sumbangan hari ini.

Menurut DPPK Hulu Langat DUN Semenyih, tadi ramai yang melihat mereka dan meminta sumbangan kerana sangat kesempitan. InsyaAllah, mereka akan turun lagi dari semasa ke semasa membantu masyarakat di kawasan Hulu Langat.

Sdr Edry telah memberikan aiskrim percuma kepada para penerima sumbangan. Semoga dengan sumbangan yang sedikit sebanyak ini dapat meringankan sedikit bebanan keluarga mereka.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor