Home Berita PAS Kedah

Penduduk terkesan PKP, COVID-19 dibantu wakil rakyat

132
SHARE

Oleh : ROZAIDI TAIB

PADANG SERAI – ADUN Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali telah memberi perhatian terhadap kebajikan anggota-anggota bomba yang sedang menjalani kuarantin berikutan dijangkiti dan menjadi kontak rapat kes positif COVID-19.

Dato’ Ustazah Ashah Ghazali

Sehubungan itu, beliau telah memperuntukkan sumbangan berupa barangan keperluan harian yang disampaikan wakil Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Merbau Pulas di Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, di sini hari ini.

Turut serta dalam sumbangan kebajikan ini kepada para anggota terbabit adalah Penasihat An-Nasr Care, Ustaz Nasron Othman.

Terdahulu Dato’ Siti Ashah menyampaikan sumbangan serupa kepada penduduk yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Kampung Batu Puteh dan Pagar Museh, di sini.

Sumbangan dari rumah ke rumah ini sampaikan bersama petugas Pusat Khidmat Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kulim.

Dalam perkembangan lain, beliau turut melakukan lawatan ke Pusat Kesihatan Karangan yang dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

PPV ini beroperasi hanya tiga hari dalam seminggu, namun dimaklumkan pihak pengurusan terdapat sedikit kesesakan apabila pemberian suntikan dilakukan pada hari bekerja.

Lantaran itu, Siti Ashah berjanji untuk mengketengahkan permasalahan tersebut kepada pihak berkenaan demi memberi keselesaan kepada penerima suntikan vaksin.

Lawatan turut diadakan ke PPV Hospital Besar Kulim untuk meninjau dan mendengar taklimat berkaitan proses pelaksanaan pemberian suntikan vaksin di mana seramai 400 penerima suntikan vaksin sehari di sini.

Beliau turut memantau kelancaran operasi penyaluran bantuan kepada mereka yang terkesan di samping meraikan petugas dengan sumbangan makanan tengah hari di PKOB Kulim.