Home Artikel PAS Perlis

Penduduk Sanglang Terima Sumbangan Sempena Kembara Ilmu

270
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Seramai 10 orang penerima telah menerima sumbangan pada Program Kembara Ilmu anjuran KEMAS Parlimen Arau yang berlangsung di Dewan Kg. Permatang Keriang, Sanglang, dekat sini pagi tadi.

Mereka terdiri daripada penduduk DUN Sanglang yang terpilih menerima sumbangan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Sanglang dan KEMAS Parlimen Arau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd. Shukri Ramli dan Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran KEMAS Parlimen Arau, Mahathir Ghazali hadir menyampaikan sumbangan berkenaan.

 

Turut sama hadir dalam program berkenaan ialah Pengerusi JKKKPs Cawangan Permatang Keriang, Ku Aziz Ku Mat Isa dan Penyelaras DUN Sanglang, Zaidi Saidin.

Mohd. Shukri yang ditemui di sini berkata, inisiatif KEMAS Parlimen Arau menganjurkan Program Kembara Ilmu adalah satu langkah terpuji kerana program berkenaan memberi banyak manfaat kepada masyarakat.

“Selain menjadi tempat kepada masyarakat menimba ilmu dan mengeratkan hubungan silaturrahim, program Kembara Ilmu ini juga menjadi wadah menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.