Home Artikel PAS Perlis

GS-Care Aktif Bantu Penduduk Guar Sanji

340
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Pertubuhan Kebajikan Guar Sanji (GS-Care), sebuah badan berstatus NGO terus aktif membantu masyarakat menerusi aktiviti-aktiviti kebajikan dalam DUN Guar Sanji.

Meskipun masih berusia ‘setahun jagung’, GS-Care telah terlibat dalam pelbagai program kemasyarakatan seperti penyerahan sumbangan, jualan amal dan khidmat masyarakat.

Terbaru, GS-Care telah bekerjasama dengan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Guar Sanji untuk menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang penduduk di Kampung Belat Batu, dekat sini.

Dalam program tersebut, seorang penduduk warga emas menerima bantuan kerusi roda manakala sumbangan berupa hamper makanan pula telah diserahkan kepada dua orang ibu tunggal di kampung berkenaan.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim.

Dalam pada itu, GS Care turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang atas sumbangan yang telah diberikan kepada NGO berkenaan.