Home Artikel PAS Pahang

Konvoi ARC Rompin kukuhkan ukhuwah

365
SHARE

Konvoi ‘Ride Santai’ anjuran Alternatif Riding Club (ARC) Rompin mengukuhkan hubungan antara ahli ARC, Dewan Pemuda PAS Kawasan dan masyarakat sekitar.

Konvoi bermula di Keratong menyaksikan gimik pelepasan konvoi oleh Ustaz Nazri Ahmad. Kemudian bergabung dengan peserta konvoi daripada Muadzam Shah dan Dun Tioman sebelum bergerak ke Madrasah Darul Furqan (MADAF), Kg Jawa, Rompin.

Mendapat suntikan semangat dengan taujihat daripada Ustaz Mokhri Ibrahim, Mudir MADAF.

Seterusnya, peserta konvoi hampir 70 orang bergerak ke Taman Negeri Endau, Rompin sebelum bergerak pulang ke destinasi masing-masing.

Penulis: Mohd Khairul Izwan Ghazali