Home Berita PAS Pahang

Ekonomi | Al-Itqan Barbershop – Pemuda Paya Besar terus melangkah

97
SHARE

Oleh: ZULKIFLI MOHAMAD

PAYA BESAR, 4 Jun :: Setelah cemerlang dalam aspek kebajikan melalui Jabatan Amal dan aspek pendidikan melalui PASTI dan SRITI, Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Paya Besar terus mengorak langkah bersama masyarakat dalam aspek ekonomi pula.

Pembukaan pernigaan kedai gunting rambut dengan jenama Al-Itqan Barbershop adalah usaha DPPKPB untuk bersama komuniti setempat terutamanya anak-anak muda dalam mendepani cabaran ekonomi pasca pandemik Covid-19.

Kedai tersebut berada di lokasi yang strategik di jalan utama Jalan Permatang Badak di dalam kawasan perumahan RRM Permatang Badak.

Berkonsepkan kedai gunting moden yang selesa dengan harga yang berpatutan, kepuasan pelanggan menjadi keutamaan dengan sentiasa terbuka untuk menerima cadangan penambahbaikan dari semua pihak.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Panching Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya telah merasmikan operasi kedai tersebut malam tadi dengan beliau sendiri menggunting rambut salah seorang pengunjung.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada DPPKPB di atas usaha yang baik ini dan seterusnya mendoakan agar kedai gunting Al-Itqan Barbershop beroleh kejayaan.

Kedai pertama ini bukanlah matlamat akhir bagi pihak pengurusan, tetapi dalam masa yang sama berusaha melibatkan lebih ramai anak muda melalui program latihan kemahiran menggunting rambut melalui instutusi yang berkaitan.