Home Berita PAS Johor

Penduduk kaum India di Ayer Hitam disantuni sempena Deepavali

187
SHARE

Oleh : MUHAMAD HASLAM

AYER HITAM, 4 Nov : PAS Kawasan Ayer Hitam telah menyantuni beberapa orang sahabat berbangsa India disekitar pekan Ayer Hitam sempena sambutan Deepavali pada petang ini.

Program yang disertai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Ayer Hitam, Tuan Haji Zulkifky Norddin dan AJK PAS Kawasan Ayer Hitam, Muhamad Haslam Wasmon berlangsung dalam suasana yang harmoni dan menitik beratkan SOP Covid – 19.

Sumbangan juga diterima daripada Ahli Majlis Daerah Yong Peng, Tuan Haji Ilyas Abu Bakar yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Ayer Hitam untuk diagih – agihkan kepada penerima.

Para penerima dilihat gembira diatas sumbangan yang diberikan yang menceriakan lagi sambutan Deepavali pada tahun ini.

“Kami berbesar hati dan berterima kasih diatas sumbangan yang diberikan,setiap tahun PAS Kawasan Ayer Hitam tidak lupa kepada kami apabila menjelangnya Deepavali” ujar Manimaran yang merupakan salah seorang penerima.

“Begitu juga bantuan – bantuan lain seperti bantuan Covid 19 dan bakul makanan juga telah diterima sebelum ini” tambah beliau.

Beliau yang mewakili semua penerima berkata program seperti ini adalah baik sebagai salah satu cara mengukuhkan persahabatan merentasi agama dan kaum, seterusnya merealisasikan konsep Keluarga Malaysia.

Program berakhir sekitar jam 6.30 petang sejurus semua peserta menerima sumbangan masing – masing.