Home Berita PAS Kedah

Penduduk kampung tambah 50 kampit beras untuk agihan sumbangan beras sejahtera

144
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 26 MAC – Susilawati salah seorang penduduk Kampung di DUN Bukit Lada menambah 50 kampit beras untuk agihan sumbangan beras sejahtera.

PKWR Bukit Lada menyampaikan 50 kampit bantuan beras sejahtera di Kampung Pulau, Telaga Mas.

Manakala, Susilawati yang mesra dipanggil Kak Su turut mengambil peluang ini untuk menambah sebanyak 50 kampit lagi untuk diedarkan kepada warga kampung beliau.

Sumbangan ini disampaikan oleh staf PKWR yang mewakili YB Ustaz Salim Mahmood yang memiliki kekangan untuk hadir menyampaikan sumbangan tersebut.

Menerusi facebook YB Ustaz Salim Mahmood, beliau mengucapkan ucapan terima kasih kepada staf yang mewakili beliau dan Kak Su yang bermurah hati untuk menambahkan bilangan kampit beras.

“Terima kasih juga kepada Ustaz Zubir yang menyampaikan salam saya kepada para penduduk kampung.”

“Dan terima kasih juga kepada Kak Su, kami bagi 50 kampit ja, Kak Su tambah lagi 50 kampit untuk warga kampung beliau.” Katanya.