Home Berita PAS Sarawak

Penduduk Beladin Terima Baik Kunjungan Muslimat PAS Sarawak

139
SHARE

OLEH : WANEE DONI

Beladin, 14 November 2021 : Kehadiran kunjungan Muslimat PAS Sarawak dalam menyantuni warga penduduk Beladin diterima baik Ahad lepas.

Siri kunjungan yang bersifat santai tersebut diketuai oleh Ketua Unit Kebajikan dan kemasyarakatan(UKK) Noraina Mail bersama Ketua Muslimat Batang Lupar, Mahani Mumtaz, jentera PAS Beting Maro dan Unit Jabatan Amal.

“Mereka sangat bersifat terbuka dalam menerima kehadiran kami dan kami menerima layanan yang sangat baik daripada mereka. Ini menunjukkan PAS diterima baik dalam kalangan rakyat setempat,” ujar Noraina.

PAS kini mengharapkan sokongan yang padu daripada masyarakat tempatan dan yakin akan PAS boleh menyuarakan hasrat masyarakat khususnya di Dun Beting Maro.