Home Berita PAS Negeri Sembilan

Gerakan dan DHPP bantu calon kempen pengundi cina di UDM Paya Mengkuang

98
SHARE

Oleh RUSILAH MD SOM

KUALA LINGGI, 18 November : Pengundi cina di Unit Daerah Mengundi (UDM) Paya Mengkuang didatangi pimpinan Gerakan dan Dewan Himpunan Pendokong PAS Kelantan untuk membantu calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi mewakili Perikatan Nasional (PN).

Hasil pemuafakatan, PAS, Bersatu dan Gerakan telah memutuskan untuk memilih Cikgu Aziah Mohd Sa’ad, bekas Ketua Muslimat PAS Melaka sesi 2019-2021 sebagai calon PN, N. 01 Kuala Linggi, mewakili PAS dalam PRN Melaka kali ini.

Terdahulu, Bilik Operasi (BO) DUN Kuala Linggi yang beroperasi di Surau Al- Falah, Kampung Sungai Tuang menerima kunjungan wakil DHPP Kelantan yang datang untuk turut menemui pengundi cina bersama calon PN di UDM Paya Mengkuang.

Menurut Pengarah BO DUN Kuala Linggi, Hamdan Abdullah, pengundi di UDM Paya Mengkuang terdiri daripada seribu lima ratus enam puluh empat orang pengundi dan majoritinya adalah pengundi cina iaitu berjumlah lebih kurang seribu dua ratus orang.

Program santuni pengundi cina bersama Cikgu Aziah turut disertai oleh Pengarah Gerakan Paya Mengkuang, Lee Kong.

Hamdan Abdullah yang juga Ketua Penerangan PAS Pahang yang ditugaskan di Kuala Linggi, PRN Melaka, menaruh harapan besar agar pengundi-pengundi bukan Melayu ini memilih calon PN pada hari mengundi iaitu pada 20 November nanti.

“Saya mengharapkan agar calon yang bakal memenangi pilihanraya kali ini akan sentiasa menyantuni warga cina secara lansung atau tidak lansung serta berusaha menyediakan prasarana yang lengkap di kawasan penempatan mereka dan adil untuk semua” tegas Hamdan lagi.

Beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada petugas-petugas khasnya kepada pimpinan dan ahli PAS yang datang silih berganti semenjak BO Kuala Linggi ini di buka dan ia sebagai petanda komitmen padu ahli untuk melihat kejayaan PN mentadbir negeri Melaka.