Home Berita PAS Sabah

Pendidik perlu didik masyarakat dengan akhlak

133
SHARE

Oleh : Nur Syarifah Ariffin
17 Ogos 2022

TAWAU: Pendidik perlu mendidik masyarakat dengan akhlak baik yang ditunjukkan oleh seorang guru.

Yang Dipertua PAS Tawau, Mohammad Husain berkata, tugas pendidik bukan sekadar mengajar tetapi para guru perlu mendidik pelajar dengan mengikut acuan Islam iaitu takut kepada Allah serta berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunah.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Sambutan Hari Guru peringkat PAS kawasan di Dewan Jelita Andaman Bandar Sri Indah di sini, pada Ahad.

Menurut Ketua Pengarah Lajnah Pendidikan PAS Tawau, Karim Dollah pula, majlis itu diadakan sebagai tanda penghargaan dan meraikan para pendidik yang banyak berjasa memberi khidmat dalam pusat pendidikan di bawah kelolaan PAS Tawau iaitu Madrasah Darul Hidayah (MDH), 2 buah Sekolah Rendah Islam Al Fateh (SRIAF), 26 buah PASTI dan TASTI.

PAS Tawau telah mengurniakan anugerah kepada beberapa orang guru sebagai tanda penghargaan atas sumbangan yang telah diberikan.

Anugerah Guru Cemerlang telah dianugerahkan kepada guru PASTI, Cikgu Maserani Kahar, tenaga pengajar MDH, Ustazah Nurbaya Mustapha, guru SRIAF Bandar Sri Indah, Ustaz Satuwo Saidi dan guru SRIAF Taman Ria, Ustaz Maulana Jamal.

Anugerah Guru Inovatif diberikan kepada guru PASTI, Cikgu Satijah Djupri, tenaga pengajar MDH, Ustazah Intan Nasir, guru SRIAF Bandar Sri Indah, Ustazah Norkhalidah Ismail dan guru SRIAF Taman Ria, Ustazah Hyme Ferdoushia.

Seterusnya Anugerah Guru Harapan dinobatkan kepada guru PASTI, Cikgu Santi Kanna, tenaga pengajar MDH, Ustaz Hassan Amran, guru SRIAF Bandar Sri Indah, Ustaz Zul Azil Manza dan guru SRIAF Taman Ria Ustaz Mohd Irfan.

Manakala Anugerah Khidmat Bakti pula diberikan khas kepada 5 orang guru PASTI yang telah berkhidmat lebih 20 tahun iaitu Cikgu Siti Rahmah Bandu, Cikgu Arbainah, Cikgu Sunayyah@Mayang, Cikgu Aisyah Latomba dan Cikgu NorLayla Abdul Rahim.

Seramai 200 orang guru, ahli jawatan kuasa Dewan Pemuda PAS Tawau dan Dewan Muslimat PAS Tawau hadir pada majlis tersebut dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berbentuk SkimPAS dan barangan elektrik.