Home Berita PAS Melaka

Himpunan 5K Jentera PRU PAS Melaka: Jentera PAS Melaka bagaikan ‘tentera’

154
SHARE

Oleh IBNU JANIE
Foto ABU ANAS

KOTA MELAKA, 18 Ogos : Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bahawa beliau berasa seolah-olah berada di hadapan ‘sepasukan tentera’ semasa berucap di hadapan jentera pilihan raya PAS Melaka.

Beliau menyatakan perkara ini ketika berucap merasmikan ‘Himpunan 5K Dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Negeri Melaka’ yang berlangsung di perkarangan Pejabat PAS Melaka, di Semabok, di sini, malam tadi.

“Pada malam yang mulia ini PAS Negeri Melaka mencatatkan rekod semangat bagi membuktikan kejayaan dan menyumbang kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang, insya-Allah.

“Himpunan kita malam ini bukan himpunan biasa-biasa. Himpunan arahan kepada pekerja dan petugas parti. Bukan sekadar himpunan untuk mendengar ceramah, kuliah. Lalu kita balik dengan tidak membawa sesuatu pelan tindakan.

“Himpunan malam ini himpunan jentera, pelancaran jentera pilihan raya. Seolah-olah saya sedang berdiri di hadapan tentera-tentera yang akan bertugas bila tamat acara malam ini. Dengar baik-baik dan patuhlah,” ujar beliau.

Katanya, keberadaan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dalam perjuangan Islam adalah keberadaan yang dituntut oleh syarak, difardukan oleh Allah SWT dan ia sebahagian di antara tuntutan dalam kalimah syahadah yang diucap oleh setiap umat Islam.

Tambah beliau lagi, setiap pejuang Islam harus melengkapkan prasyarat-prasyarat kemenangan untuk melayakkan mereka diberi kemenangan oleh Allah SWT.

“Allah SWT ada jadual (untuk memberikan kemenangan), Allah SWT ada aturan dia. Kita berusaha, tetapi jadual ditentukan oleh Allah SWT. Kadang-kadang Allah SWT sengaja menangguhkan kemenangan Islam.

“Kadang-kadang sengaja Allah SWT melewat-lewatkan kemenangan. Kadang-kadang Allah SWT beri kemenangan, kemudian kalah, kemudian menang, kemudian kalah. Semua itu proses mematangkan pejuang-pejuang PAS dan perjuangan Islam,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Menteri Alam Sekitar Dan Air (KASA), turut menyempurnakan gimik perasmian dengan memacakkan bendera yang diterbangkan drone dan menyerahkan bendera PAS kepada semua Pengarah-pengarah Jentera Pilihan Raya Kawasan-kawasan dan Dewan-dewan Peringkat Negeri sebagai simbolik persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Ustaz Tuan Ibrahim turut mengumumkan sumbangan peribadi beliau sebanyak RM10 ribu untuk Dana Pilihan Raya PAS Melaka, sementara derma jihad yang dilancarkan dan berjaya dikutip daripada hadirin pada majlis ini pula berjumlah RM10250.

Mohd Sabki sedang memimpin bacaan ikrar

Semua hadirin yang merupakan jentera Pilihan Raya PAS Melaka turut membaca ikrar yang telah dipimpin oleh Timbalan Pengarah Jabatan Amal Negeri Melaka Mohd Sabki Abdul Samad.

Turut berucap pada malam tadi ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail, Pengarah Program yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz dengan Ustaz Mohd Norfaizal Nordin bertindak sebagai pengacara majlis.

Tuan Guru Zulkifli Ismail
Pengarah Program Asri Shaik Abdul Aziz

Penyerahan bendera kepada Pengarah-pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan-kawasan dan Dewan-dewan Peringkat Negeri

Suasana program

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH