Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Pendakwah Wanita Terkenal Rayu Rakyat Malaysia Undi Calon Bertaqwa

451 views
SHARE

Oleh : Mohd Fadzil

Pendakwah terkenal, Datuk Dr Norhafizah Musa menyeru rakyat Malaysia untuk pulang mengundi.

Memetik ucapan beliau, Dr Norhafizah berkata soal masa depan kepimpinan negara bukanlah perkara kecil.

Jelasnya, ia adalah tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah kelak.

Semasa memberi respon calon pilihan, beliau menjelaskan bahawa prinsip perjuangan adalah faktor penting untuk diteliti.

“Ustazah memilih untuk mengundi orang yang bertaqwa.

“Yang jelas prinsip perjuangannya, yang hidup dengan cara Islam.

“Mereka yang nak meninggikan syariat Allah, yang meletakkan keyakinan dan keimanan benar-benar kepada Allah,” ujar beliau.

Selain itu, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia dan berkelulusan Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Pengajian Islam Universiti Yarmouk Jordan itu juga berkata agar semua membuat pilihan yang tepat sebelum mengundi.

“Study (selidik) lah sikit siapa dan apa perjuangan setiap calon itu.

“Siapa yang nak menobatkan Islam, yang nak mendaulatkan Islam, yang mengikuti perjuangan Nabi SAW. Itulah pilihan ustazah,” tambah beliau.