Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Pencemaran Pasir Gudang: DMPM Raikan Sukarelawan

1077
SHARE

Pencemaran Pasir Gudang : DMPM Raikan Sukarelawan

PASIR GUDANG, JOHOR: Rombongan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) DMPM, semalam 31 Mac 2019 sempat mengadakan kunjungan dan majlis meraikan petugas-petugas yang bekerja keras secara sukarela membantu mangsa semasa kejadian pencemaran bahan kimia beracun baru-baru ini. 

Kedatangan DMPM yang diketuai oleh YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama suaminya Tuan Haji Mohd Azemi Azman diiringi oleh Puan Hajjah Khadijah Mahmud, Pengerusi Assabiqat DMPM dan Puan Zurina Din selaku Timbalan LKK DMPM telah disambut oleh Yang DiPertua (YDP) PAS Pasir Gudang merangkap Timbalan YDP Iskandar Puteri  Tuan Hj Azhari Mohd, Puan Roslita Rohani selaku AJK DMP Negeri Johor merangkap AJK LKK Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ) dan Khidmat Malaysia Negeri Johor serta Puan Sabariah Mohd Amin selaku ahli jawatankuasa (AJK) DMP Negeri Johor.

 Majlis  dimulai dengan taklimat ringkas oleh Setiausaha (SU) Khidmat Malaysia Johor, Encik Abd. Aziz Bin Abdullah, diikuti dengan ucapan Tahniah dari Yb Senator Ustazah Nuridah dan seterusnya penyampaian sedikit saguhati kepada sebahagian petugas yang hadir.

Menariknya, walaupun Ahad adalah hari bekerja bagi penduduk Pasir Gudang, tetapi terserlahlah menunjukkan betapa petugas yang ada inilah golongan yang sentiasa ‘ada’ ketika dipanggil tanpa sebarang alasan.

Menurut Timbalan LKK DMPM, Puan Zurina Din, katanya “Tidak pasti ayat yang sesuai untuk menggambarkan mereka ini, dalam hati saya berkata, bukan setakat rezeki Allah tak salah alamat, malah musibah yang Allah tetapkan juga tak pernah salah alamat. Allah takdirkan berlakunya musibah pencemaran bahan kimia beracun disini, secara tidak langsung telah memberi suatu pengiktirafan buat PAS Johor di mana Pasukan Khidmat Malaysia Johor yang terdiri daripada Jabatan Amal Johor, Briged Muslimat Johor dan LKK DMPN Johor, mereka telah menjalankan tugas yang terbaik, dengan kepakaran yang sedia ada.”

Menurut SU Khidmat Malaysia Johor Encik Abd. Aziz Bin Abdullah merangkap Pengerusi Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor pula, pasukan-pasukan ini telah membuktikan bahawa mereka dapat menguruskan apa jua masalah dengan cara yang tepat dan berkesan.

YB Senator Ustazah Nuridah juga mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pihak Khidmat Malaysia Johor seluruhnya, dengan kerjasama LKK Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Johor.

Like page Khidmat Malaysia https://m.facebook.com/khidmat.malaysia.2015/