Home Artikel PAS Johor

Penangguhan Sementara Operasi Bencana Banjir Khidmat Malaysia Negeri Johor

156
SHARE

PENANGGUHAN SEMENTARA OPERASI BENCANA BANJIR KHIDMAT MALAYSIA NEGERI JOHOR

Assalamu’alaikum dan salam khidmat,

1. KHIDMAT MALAYSIA Negeri Johor (KMNJ) yang baharu sahaja selesai bermesyuarat pada malam tadi telah memutuskan bahawa operasi bantuan bencana banjir DITANGGUHKAN SEMENTARA kerana keadaan banjir yang telahpun beransur pulih kecuali daerah Segamat yang melibatkan tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kesemuanya.

2. Di antara aktiviti yang ditangguhkan adalah proses mencuci dan membersihkan kediaman penduduk yang terkesan daripada bencana banjir.

3. Walau bagaimanapun, KMNJ masih membuka ruang kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan untuk disampaikan kepada mangsa banjir.

4. Sebagai langkah berjaga-jaga dan berwaspada kemungkinan akan berlakunya gelombang kedua, KMNJ akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa melalui Bilik Gerakan Bencana Banjir yang beroperasi di Simpang Renggam.

5. Penutupan Operasi Bilik Gerakan Banjir KMNJ hanya akan diumumkan apabila tiba masanya nanti.

Sekian, wassalam.

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Pengerusi
KHIDMAT MALAYSIA Negeri Johor
24 Disember 2019.