Home Timbalan Presiden PAS

Penafian Dakwaan Dr. Rais Berkenaan Perundingan PAS dan BERSATU

7,481 views
SHARE

PAS menafikan dakwaan yang dibuat oleh Dr Rais bahawa perundingan antara PAS dan BERSATU gagal disebabkan lima individu yang disenaraikan beliau, sebaliknya punca utama ialah sikap dan kenyataan pimpinan utama BERSATU berhubung Agenda memperkasakan dasar Islam dalam pentadbiran dan perundangan termasuk RUU355, dan serangan terhadap PAS itu sendiri oleh tokoh mereka.

Perundingan antara PAS dan BERSATU adalah mandat Jawatankuasa PAS Pusat yang telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perundingan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden manakala Dr Ahmad Samsuri, YB. Dato’ Dr Khairuddin, YB. Ustaz Nasaruddin Hassan adalah anggota JK Perundingan tersebut.

Adalah tidak benar meletakkan kegagalan perundingan kepada anggota JK Perundingan.

PAS menggantung perundingan disebabkan beberapa kenyataan Tun Mahathir khasnya yang bertentangan dengan dasar dan perjuangan PAS.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
16 Mei 2017

{jathumbnail off}