SEKARANG ini PAS sedang mengusahakan agar pihak kerajaan menarik balik kelulusan untuk menaikkan cabutan judi sebanyak 22 kali berbanding lapan kali semasa zaman DAP-PH menjadi kerajaan.
Namun ia bukanlah sesuatu yang mudah. Nampak gaya seperti PAS sahaja yang beriya-iya dalam soal ini. Yang lain nampak seperti buat bodoh sahaja.
Usaha ini pula sedikit sebanyak dijadikan isu oleh sesetengah pihak untuk menonjolkan bahawa seolah-olah PAS tidak mesra kepada orang bukan Islam yang mana mereka ini tidak ada pertimbangan halal haram dalam beberapa hal yang jelas haram pada orang Islam seperti arak dan judi.
Dalam banyak keadaan memang kita mesti akui sempadan hak orang Islam dan orang bukan Islam. Ada had-had yang dibenarkan untuk orang bukan Islam mengamalkan perkara-perkara yang haram di dalam agama Islam ini.
Namun aktiviti ini haruslah tidak sampai melampaui batas. Sebagai contoh tidak bolehlah satu pesta arak terbesar di Asia dibuat di Malaysia yang merupakan negara Islam. Ini menghina status agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Namun mereka tidak dilarang untuk minum arak. Sama dengan hal-hal lain seperti judi. Janganlah sampai melampaui batas. Meluluskan 22 kalì cabutan berbanding hanya lapan kali semasa pemerintahan DAP-PH adalah sesuatu yang memalukan.
Vaksinkan umat Islam daripada maksiat
Dalam kita bekerja keras untuk mengelakkan aktiviti ini daripada jadi melampau kita jangan lupa sesuatu yang benar-benar di dalam ruang lingkup kita, iaitu bagaimana kita hendak meningkatkan usaha agar orang-orang Islam tidak melibatkan diri dalam àktiviti-aktiviti maksiat ini.
Penguatkuasaan aktiviti maksiat ini terhadap umat Islam sendiri adalah sesuatu yang memang jelas dan tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak pun. Ia memang di dalam bidang kuasa pihak berkuasa agama setiap negeri atau wilayah.
Maksud saya, kita perlu melakukan usaha yang lebih gigih ke arah inì agar dapat memvaksin umat Islam daripada terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini kerana ini memang di dalam bidang kuasa mutlak kita.
Jika kita benar-benar serius dan marah dengan apa yang berlaku maka kita giatkan dulu yang ada dalam kuasa kita. Tingkatkan lapan kali ganda penguatkuasaan terhadap orang Islam yang berjudi, minum arak dan yang mengunjungi pusat hiburan. Saya lihat masih ramai lagi orang Islam yang terang-terang membeli tiket judì di kedai-kedai judi. Ramai lagi orang Islam yang mengunjungi pusat hiburan dan meminum arak (sebelum PKP).
Di saat kita sedang mengejar sesuatu yang melalui jalan sukar dan halangan, jangan sampai apa yang kita sedang kendong berciciran pula.
Semua perkara yang dilarang oleh Islam ini sudah pasti membawa satu kemudaratan kepada yang mengamalkannya. Kita mesti menonjolkan kebaikan Islam maka kita harus tunjukkan contoh umat Islam yang bahagia tanpa maksiat ini.
IBNU JANIE
Editor
Berita PAS Melaka dan WARM
PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA
JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.
Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.
Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.
|