Home Berita PAS Melaka

Pena editor Melaka | Semoga Tuanku Raja-Raja Melayu buat keputusan terbaik

177
SHARE

HARI ini akan berlangsungnya Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

Perbincangan ini adalah inisiatif DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan baginda dijadualkan akan mempengerusikan perbincangan ini.

Seperti yang kita tahu banyak pihak yang sekarang ini sedang mendesak institusi Istana agar menamatkan darurat dan membuka semula Parlimen untuk mereka menukar kerajaan dan menghuru-harakan situasi politik di saat negara berada di dalam fasa kritikal penularan Covid-19.

Mereka langsung tidak memikirkan tentang rakyat walau pun dalam desakan mereka ini mereka berselindung di sebalik kenyataan kononnya semua ini kehendak rakyat, tuntutan rakyat dan segalanya daripada rakyat, pada hal kerana ketamakan haloba dan gila kuasa.

Namun desakan mereka amat kuat dan seolah-olah menekan institusi Istana agar akur pada kehendak mereka. Frasa ‘demi rakyat’ dan ‘demi demokrasi’ menjadi desakan ampuh mereka agar tuntutan mereka dipenuhi.

Patik dan sekalian rakyat jelata mendoakan agar Tuanku semua Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu agar sentiasa dipandu oleh Allah SWT dalam membuat keputusan yang terbaik demi rakyat dalam terkawal dan tawakal.

Apa jua keputusan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja Melayu pasti akan didukung oleh PAS samada ia menepati atau tidak menepati hasrat PAS itu sendiri kerana taat setia kami kepada Raja -Raja Melayu tidak berbelah bahagi.

IBNU JANIE
Editor Berita PAS dan WARM
Jabatan Penerangan PAS Melaka