Home Berita PAS Terengganu

Jumlah korban gempa bumi Indonesia meningkat kepada 162 orang

21
SHARE

Angka kematian akibat gempa bumi di Indonesia meningkat kepada 162 orang, kata agensi bencana negara itu pada Isnin.

Lebih 700 orang turut cedera dalam gempa bumi berukuran 5.6 skala Richter itu, satu kenyataan agensi itu memetik Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil sebagai berkata.

Gempa bumi kuat melanda Kabupaten Cianjur, Jawa Barat pada pukul 1.21 tengah hari. (0621GMT.)

Ia dirasai di ibu kota Jakarta dan wilayah lain, termasuk Rancaekek, Tangerang Selatan dan Depok, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik.

Terdahulu, pegawai di Agensi Nasional untuk Tindakan Balasan Bencana berkata angka kematian mungkin meningkat.

Sementara itu, Kementerian Luar Turki mengeluarkan kenyataan pada hari Isnin untuk menyatakan “kesedihan yang mendalam” atas gegaran itu.

“Kami mengucapkan takziah kepada saudara-mara mereka yang kehilangan nyawa serta rakyat yang mesra dan bersaudara dan Kerajaan Indonesia, dan berharap agar mereka yang cedera cepat sembuh,” kata kementerian itu.