Home Rencana PAS Melaka

Pena editor Melaka | Politik 2 kali 5 yang merimaskan rakyat

126
SHARE

AHLI politik B menuduh ahli politik A yang berkuasa terlibat dalam penyelewengan. Ahli politik B pun heret rakyat marah kepada ahli politik A. Ahli politik A jatuh. Naik ahli politik B.

Ahli politik B dapat kuasa dia pula menyeleweng. Maka akan datang ahli politik C menyerang ahli politik B. Ahli politik C heret rakyat marah sekali. Ahli politik B jatuh. Naik ahli politik C.

Ahli politik C pun akan melakukan perkara yang sama. Begitulah seterusnya lingkaran ini sehingga sampai ke ahli politik Z. Selepas habis abjad kita rap pakai angka!

Ini adalah rangkaian virus pandemik ahli politik korup yang tidak akan berkesudahan sehingga hari kiamat jika rangkaian ini tidak diputuskan.

Hanya rakyat dan ahli politik yang berintegriti sahaja yang boleh memutuskan rangkaian politikus korup ini.

Kita mahukan ahli politik yang berintegriti yang akan menggantikan ahli politik yang korup dan menjalankan pentadbiran kerajaan dengan penuh integriti. Ini yang rakyat mahu.

Gambar hiasan (Kredit Foto : Google)

Ada pula yang kata “Walau pun aku jahat, tapi tak sampai macam dia.”

Cukuplah kita bersaing siapa yang lebih jahat dan siapa yang kurang jahat. Rakyat bukan mahu memilih antara yang jahat dan kurang jahat tetapi rakyat mahu memilih yang baik berbanding yang jahat.

Politik korup; menyeleweng; mengambil keuntungan peribadi daripada projek-projek kerajaan; mengkayakan diri dan rakan-rakan semasa berkuasa adalah sesuatu yang tidak boleh diterima lagi pada masa sekarang.

Bila ada seseorang atau sekumpulan ahli politik yang menuduh seseorang atau sekumpulan ahli politik lain sebagai korup pada hal mereka pun sama dua kali lima, rakyat hanya memandang dengan penuh sinis.

Rakyat kata “Kau pun sama dua kali lima!”

Rakyat pada masa sekarang bukan rakyat yang bodoh. Mereka bukan seperti dulu-dulu yang buta-buta percaya pada parti pemerintah.

Adakah kita tak serik hilang kuasa? Atau nak tunggu sehingga negara dan bangsa tergadai kerana korupsi baru nak insaf?

Takut-takut nanti frasa ‘mempertahankan politik Melayu’ dah tak laku lagi kepada pengundi Melayu. Takut-takut nanti orang Melayu dah bosan dan mereka akan kata “DAP pun DAPlah! Bosan dengan perangai pemimpin Melayu! Masa tu meloponglah kita….

Teguran ini adalah teguran ikhlas secara umum buat semua ahli dan parti politik Melayu. Ia tidak ada kena mengena dengan apa-apa kejadian yang spesifik, jika ada pun hanya kebetulan semata-mata.

Rakyat dah muak! Bukan marah, nasihat…

IBNU JANIE
EDITOR
Berita PAS Melaka dan WARM.

 

 

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.