Home Berita PAS Melaka

Pena editor Melaka : PH tergamak khianat peruntukan Covid-19 untuk rakyat!

549
SHARE

PH dan sekutunya telah menunjukkan wajah sebenar mereka sebagai pengkhianat kepada usaha untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan Covid-19 apabila 106 ahli parlimen mereka mengundi untuk menolak Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 yang dibentangkan di parlimen semalam.

Tindakan mengejutkan dari ahli-ahli parlimen PH dan sekutunya ini membuktikan bahawa agenda politik lebih penting pada mereka daripada usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19.

PH mengambil sikap tidak bertanggungjawab dengan menjadikan peruntukan bagi membantu rakyat ini sebagai alat politik dan bahan cagaran dalam tindakan politik mereka.

Paling menyedihkan ialah apabila mereka melahirkan rasa bangga kerana mereka hampir-hampir berjaya menggagalkan kelulusan rang undang-undang tersebut melalui kenyataan-kenyataan mereka kepada media dan di media-media sosial milik mereka.

Rakyat Malaysia harus sentiasa ingat nama-nama 106 Ahli Parlimen PH dan sekutunya ini yang telah bekerja keras menggagalkan rang undang-undang tersebut tanpa rasa bersalah. Pastikan kita tidak akan memilih lagi pengkhianat rakyat ini dalam mana-mana pilihanraya pada masa akan datang.

IBNU JANIE
Editor Berita PAS Melaka
Lajnah Penerangan Dan Media Baharu Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)