Home Rencana PAS Melaka

Pena editor Melaka | Mengapa jatuhkan Ketua Menteri yang baik?

878
SHARE

RAMAI yang sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku di Negeri Melaka hari ini. Tiba-tiba kerajaan yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Utama (DSU) Sulaiman Md Ali ditumbangkan.

Bagi penulis secara peribadi, DSU Sulaiman merupakan seorang Ketua Menteri yang paling baik yang Melaka pernah ada. Seorang yang mempunyai keperibadian yang sangat baik dan terpuji.

Sepanjang penulis membuat liputan program-program beliau, DSU Sulaiman merupakan seorang yang sangat mengambil berat soal agama Islam. Jarang kita jumpa seorang wakil rakyat di Melaka ini yang buat program bermula dengan solat Subuh berjemaah seperti yang beliau lakukan.

Setiap kali beliau turun padang di seluruh Melaka pasti ada di dalam jadual lawatan beliau mengunjungi sekolah pondok dan sekolah tahfiz. Minat beliau terhadap pendidikan Islam sangat tinggi dan itu yang beliau sangat titik beratkan.

Sepanjang penulis membuat liputan program-program beliau juga jarang sekali beliau memberikan ucapan-ucapan yang berunsur politik atau ucapan yang menyindir atau menempelak musuh-musuh politik beliau.

Yang jelas setiap kali beliau memberi ucapan di dalam program beliau di masjid-masjid beliau sangat menekankan perpaduan umat Islam tanpa mengira parti politik. Sikap beliau ini menunjukkan kejujuran beliau dalam soal perpaduan Melayu dan umat Islam.

Cara berpolitik beliau sangat matang sehinggakan beliau mengiktiraf wakil-wakil rakyat pembangkang sebagai rakan strategik dan bukannya musuh politik. Wakil-wakil rakyat pembangkang dilayan dengan baik seperti yang kita lihat di dalam persidangan-persidangan DUN Melaka.

Namun segala kebaikan beliau dan sikap tolak ansur beliau ini tidak dihargai oleh mereka yang menganggap beliau sebagai musuh pula. Dan hari ini beliau dijatuhkan tanpa rasa bersalah oleh mereka yang sebelum ini bergelar rakan-rakan politik sendiri.

Penulis pun tidak pasti adakah selepas ini kita akan dapat lagi seorang Ketua Menteri yang sangat baik seperti DSU Sulaiman Md Ali.

IBNU JANIE
EDITOR
Berita PAS Melaka dan WARM

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.