Home Berita PAS Pahang

Andansura resah bila ribut melanda

59
SHARE

Oleh: LIZA ALI

BESERAH, 3 Okt. :: “Setiap kali berlaku ribut atau angin kuat, saya dan kakitangan pejabat saya pasti resah kerana biasanya akan ada sekurang-kurangnya satu atau dua rumah yang mengalami kerosakan,” demikian kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah YB Andansura Rabu ketika diminta mengulas kejadian ribut di Cherating hari ini.

Kejadian tersebut telah mengakibatkan kerosakan tiga buah rumah dan sebuah kedai milik penduduk. Walau bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Andansura yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang sempat melawat ke tempat kejadian dan menziarahi mangsa-mangsa ribut tersebut.

Turut hadir bersama beliau ialah pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuantan.

Merujuk kepada kejadian itu beliau berkata kadar kerosakkan yang dialami oleh setiap mangsa adalah berbeza-beza. Ada yang keseluruhan bumbungnya tercabut dan ada yang hanya beberapa keping sahaja.

Andansura juga telah menyampaikan sedikit sumbangan awal kepada semua mangsa yang terlibat dan bantuan susulan lanjutan akan di buat oleh JKM.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya dapat menjaga ahli keluarga masing-masing agar dapat mengelakkan kemalangan apabila berlaku musibah yang tidak di ingini.