BARU-BARU ini ini Nik Omar, anak kepada Alllahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (ATGNA) diisytiharkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 di salah sebuah kawasan Parlimen di Perak oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara itu nama Husam pula tidak termasuk di dalam senarai calon PH untuk bertanding di Kelantan yang diumumkan PH Kelantan baru-baru ini.
Sehingga rencana ini ditulis memang ada ura-ura mengatakan bahawa Husam akan bertanding di mana-mana kerusi di Selangor atau Wilayah Persekutuan. Namun belum ada pengesahan.
Husam adalah nama besar PAN di Kelantan. Nik Omar pula pernah diandalkan sebagai hulubalang Pakatan Harapan semasa PRU-14. Nik Omar dianggap sebagai tokoh yang bakal menguburkan PAS dengan bersandarkan nama besar ATGNA.
Saya ingat lagi pada masa itu Nik Omar diusung ke seluruh Malaysia dan dikatakan bakal menggegarkan PAS dengan auranya. Malah naratif dimainkan bagi menimbulkan emosi mengaitkan beliau dengan aura ATGNA.
Ada yang katanya menangis dengar suara Nik Omar kononnya seolah ATGNA yang sedang berucap. Naratif syahdu memang menjadi mainan PH ketika itu dan berjaya memperdayakan pengundi, seperti yang kita maklum.
Namun apabila keputusan PRU14 keluar, bukan sahaja Nik Omar, malah semua calon PH di Kelantan malah di Terengganu tidak seorang pun yang lekat. Malah Husam yang merupakan Naib Presiden PAN pada masa itu turut sama ‘hanyut’.
Kali ini dua nama besar ini iaitu Nik Omar dan Husam dikatakan bakal bertanding di luar Kelantan. Bagi saya ini merupakan satu kemenangan awal kepada Perikatan Nasional Kelantan.
Apabila dua tokoh besar ini diletakkan di luar dari Kelantan, ia memberi gambaran bahawa mereka langsung tidak yakin untuk memenangi mana-mana kerusi di Kelantan. Tak usah cakap tentang strategi. Itu semua ‘cover up’. Hakikatnya mereka tahu mereka bakal menghadapi laluan sukar untuk menang, insya-Allah.
Walaupun PAN dan PH selalu cakap besar bahawa mereka mampu untuk mengambil semula Kelantan daripada PAS dan mereka juga yang menguar-uarkan kononnya rakyat akan menolak PAS dan Perikatan Nasional dalam PRU15 tetapi tindakan mereka pula sebaliknya menunjukkan mereka takut.
Bagi saya terima kasihlah di atas tindakan ini kerana seperti yang saya sebut tadi ia telah memberi satu kemenangan awal kepada Perikatan Nasional Kelantan. Kemungkinan kemenangan ini juga akan melarat ke seluruh negara. Amin ya rabbal alamin.
IBNU JANIE
Ketua Editor Negeri
Berita PAS Melaka
Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.
Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.
Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.
Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.
Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.
JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH