Home Berita PAS Terengganu

Bas percuma ringankan beban pengundi untuk pulang ke Terengganu

943
SHARE

Dewan Pemuda PAS Terengganu menyambut baik usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Terengganu bagi menyediakan bas percuma buat pengundi luar Terengganu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihanraya Umum ke -15 (PRU-15) nanti.

Pemuda PAS Terengganu juga menyokong penuh inisiatif kerajaan negeri sempena kempen ‘Maghi Balik Ngundi’ bagi menyuburkan semangat untuk turun mengundi kepada rakyat negeri ini.

Pemuda PAS Terengganu juga ingin menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Terengganu atas keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan penggundi luar Terengganu sekali gus meringankan beban anak perantau.

Pemuda PAS Terengganu mengajak seluruh pengundi Terengganu yang berada di Luar Terengganu untuk pulang mengundi bagi menunaikan tanggunjawab kepada negara tercinta ini.

Justeru itu, Pemuda PAS Terengganu berharap dengan kepulangan pengundi luar Terengganu dapat bersama-sama membina negara yang bersih dan stabil.

Mohd Harun Esa
Ketua Pemuda PAS Terengganu