Home Berita PAS Melaka

Pena editor Melaka : Calon pilihanraya – bukan selamanya PAS akan beralah

852
SHARE

KENDATIPUN diketepikan dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah namun Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengeluarkan kenyataan berlapang dada dan memberi ruang kepada BN dan PN. Yang penting Warisan dan PH perlu dikalahkan.

Parti komponen PN dan BN harus melakukan sujud syukur kerana PAS memiliki sebuah organisasi yang mempunyai pimpinan, ahli dan penyokong yang wala’. Tidak akan ada sabotaj atau tindak balas bakal dilakukan PAS di mana-mana peringkat sekali pun dalam hal ini.

Malah Tuan Guru Presiden PAS turut menyatakan komitmen untuk membantu PN dan BN dalam PRN Sabah ini.Apa yang diputuskan oleh pimpinan, kami akan akur. Kami ada seorang sahaja presiden untuk kami patuhi. Sebab itu parti kami tidak bercelaru.

Namun satu hakikat yang harus diterima oleh PN dan BN ialah PAS tidak akan selamanya beralah sahaja sepanjang masa. Ini juga bukan bermakna jika PAS tidak diberi kerusi di Melaka semasa PRU15 nanti contohnya, masa itu PAS juga akan berlapang dada. Tidak!

Kalau sekiranya satu hari nanti pimpinan tertinggi kami mengarahkan kami untuk bertanding tiga penjuru, masa itu kami juga akan akur dan wala’ pada arahan pimpinan kami. Asalkan itu arahan dari pimpinan kami, kami akan akur.

Dalam hal PRN Sabah ini, kami juga merayu agar pihak UMNO tidak menyalahkan Bersatu mengapa tidak beri kerusi kepada PAS. Bersatu juga tidak perlu menyalahkan UMNO mengapa tidak beri kerusi pada PAS. Jangan bergaduh. Kami okay saja.

Mungkin ada sahabat-sahabat yang dahulu mencari kami semasa susah tetapi sekarang rasa sudah tegap dan yakin bersendirian.

PAS sudah biasa jadi pembangkang. Takut rakan-rakan lain yang tak biasa jadi pembangkang nanti ‘mati kutu’ kalau jadi pembangkang semula jika kita terpaksa bertanding tiga penjuru.

Apa pun PAS telah membuktikan setiakawan dan kesabaran yang maha tinggi dalam menangani isu ini. Cuma penulis teringat satu kata-kata hikmat yang berbunyi “Berhati-hati dengan kemarahan orang yang sabar.”

#KamiSabar   #IngatMasaSusah

IBNU JANIE
Editor Berita PAS Melaka
Jabatan Penerangan Dan Media Baharu PAS Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)